KUALA LUMPUR, 19 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
Dalam perkongsian menerusi laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.
"Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
"Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah," katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.
Pada Oktober tahun lepas media melaporkan Rafizi mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudiannya dilaporkan stabil.