PM luang masa ziarah Mursyidul Am PAS Datuk Hashim

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Mac -Sebelum memulakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi sahabat lamanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, di Hospital Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyampaikan salam Azizah dan mendoakan kesembuhan serta afiyah untuk Datuk Hashim Jasin.
  • Berbual panjang dan mengesahkan beliau dalam keadaan baik.
  • Menziarahi jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya, menunjukkan prihatin terhadap pengorbanan petugas kesihatan.
  • Memastikan perkembangan projek naik taraf kemudahan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan demi manfaat rakyat.

Beliau memaklumkan Datuk Hashim berada dalam keadaan baik dan mereka sempat berbicara agak lama.

“Saya turut menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim.

“Alhamdulillah, beliau dalam keadaan baik dan kami sempat berbicara panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam lawatan sama, Datuk Seri Anwar turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Saya hargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Sebelum beredar, saya mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang agar usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat,” katanya.