fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan Aidilfitri kepada 57 'otai reformis'

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 57 orang ‘otai reformis’.

Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pagi tadi kepada ‘otai reformis’ sekitar Ampang di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, di sini.

“Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.

“Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudahkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Speaker DUN Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamarudin.

SITI AISHAH MD ISA