
KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman perkembangan cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dalam masa terdekat.
- Menteri Kesihatan memaklumkan mengenai status semasa cadangan penubuhan suruhanjaya apabila ditanya.
- Beliau mengulangi bahawa keputusan akan menunggu sebelum pembentangan Belanjawan 2027.
- Cadangan suruhanjaya disebut dalam draf akhir Kertas Putih Kesihatan; fungsinya termasuk pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat, pertukaran, tatatertib.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly memaklumkannya ketika ditanya mengenai status semasa cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan.
“Sebagaimana pernah saya pernah nyatakan sebelum pembentangan Belanjawan 2027. Kita tunggu sedikit masa lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkannya. Setakat itu sahaja dapat saya maklumkan buat masa ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 di ibu negara.
Pada September lalu, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan merupakan antara perkara penting yang dipertimbangkan dalam draf akhir Kertas Putih Kesihatan.
Fungsi suruhanjaya itu katanya, merangkumi urusan pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tatatertib.