fb fb fb fb fb

PM bincang pelbagai isu dengan mahasiswa UiTM

SHAH ALAM, 7 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi program Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia.

Program yang dihadiri lebih 200 mahasiswa itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mendapatkan input serta pandangan mahasiswa bagi bersama-sama membangunkan Malaysia Madani.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi Anwar membincangkan pelbagai isu secara santai bersama anak muda.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.


(Selain itu, ia juga menjadi platform bagi Anwar membincangkan pelbagai
isu secara santai bersama anak muda)

Media Baharu