fb fb fb fb fb

PM beri sumbangan kepada pesakit kanser di Kuantan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun yang menziarahi Chai di kediamannya.

Sumbangan tersebut berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan.

"Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Puan Chai serta keluarganya.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini", menurut perkongsian semula Datuk Seri Anwar di Facebook

ROSLINA BINTI DIN