fb fb fb fb fb

PM beri sumbangan kepada bapa tunggal lima anak di Kuantan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal di Kampung Chengal Lempong, Kuantan.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mohamad di kediamannya.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Perdana Menteri malam ini, Mohammad merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak yang menyara anak-anaknya dengan melakukan kerja-kerja kampung, tanpa sebarang pendapatan tetap.

"Alhamdulillah, sempat bertemu dengan Encik Mohammad semasa berada di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.

Selain itu, dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, bantuan untuk membaik pulih rumah keluarga itu juga telah dirangka dan akan dilaksanakan.

"Saya mendoakan keluarga Encik Mohammad sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga bantuan ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi keluarga ini", menurut perkongsian semula Datuk Seri Anwar di Facebook.

ROSLINA BINTI DIN