fb fb fb fb fb

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar SPM

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 yang diumumkan hari ini.

KUALA LUMPUR, 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memanfaatkan peluang menerusi inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 yang diumumkan hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang menerima keputusan cemerlang dalam SPM hari ini. Teruskan usaha dan tekad kalian untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menyeru agar pelajar tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan MADANI sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem pendidikan tinggi yang berkualiti serta inisiatif TVET yang membuka lebih banyak ruang untuk membina masa depan,” ujarnya.

Dalam pengumuman keputusan SPM hari ini, seramai 14,179 calon di seluruh negara berjaya memperoleh gred cemerlang (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 11,713 calon (3.1 peratus) pada tahun 2023.

Secara keseluruhan, Gred Purata Nasional (GPN) turut mencatat penambahbaikan, mengecil kepada 4.49 mata berbanding 4.60 mata tahun lalu.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN