fb fb fb fb fb

PM ajak umat Islam tingkatkan ibadat pada malam Nisfu Syaaban

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Febuari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam agar bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat dan memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir serta berdoa kepada Allah SWT pada malam ini yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak.

"Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” kata Anwar menerusi Facebooknya.

Anwar turut menyarankan agar umat Islam bermunajat dengan sepenuh hati dan mendoakan rakyat Palestin yang kini terus diserang tanpa belas kasihan diangkat martabat dan maruah mereka.
 

SITI AISHAH MD ISA