
KUANTAN, 17 Mac- Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Mega Aidilfitri di Pahang mencatat kehadiran lebih 38,500 pengunjung dengan nilai jualan terkumpul RM4 juta setakat ini.
- PJRM tambah SKU bersubsidi untuk bahan kuih raya termasuk serbuk koko, badam, cip coklat dan mentega.
- Majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah SSM di Sungai Isap melibatkan 100 penerima terima RM200 dan bakul makanan bernilai RM100 seorang.
- Program termasuk Santuni Asnaf di Pantai Sepat dan sumbangan Tenaga Nasional serta Econsave, Datuk Dr. Fuziah sumbang pek beras dan ayam.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata edisi Aidilfitri kali ini menambah beberapa Unit Simpanan Stok (SKU) bersubsidi untuk bahan membuat kuih raya termasuk serbuk koko, badam, cip coklat dan mentega.
Kemuncak jualan berlangsung hari dan esok di Perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana dan kawasan berhadapan Pasar Nelayan Pantai Sepat.
Selain jualan, Majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Sungai Isap turut diadakan melibatkan 100 penerima asnaf yang menerima sumbangan tunai RM200 dan bakul makanan bernilai RM100 seorang.
Di Pantai Sepat pula, Program Santuni Asnaf Mukim Penor memberi manfaat kepada 150 penerima melalui sumbangan tunai RM200 daripada Tenaga Nasional Berhad dan bakul makanan daripada Econsave Sdn. Bhd.
Datuk Dr. Fuziah turut menyumbang 150 pek beras serta 150 ekor ayam kepada penerima di kawasan berkenaan.
Program tersebut adalah sebahagian 178 siri PJRM sempena Ramadan dan Aidilfitri dengan 133 program telah dilaksanakan sehingga 16 Mac dan baki 45 dijadualkan sehingga 30 Mac.