fb fb fb fb fb

Piket “Kepung Demi Palestin” bermula 10.00 malam ini

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 26 Disember - Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar, serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum, dijangka akan berkampung selama enam hari di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat bermula 10.00 malam ini.

Piket yang dinamakan “Kepung Demi Palestin” itu merupakan inisiatif warga Malaysia yang peduli terhadap nasib rakyat Palestin dan tanda kecintaan kepada keamanan.

Menurut Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) dalam kenyataan semalam,

"Piket di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera," menurut kenyataan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP).

Mereka dijangka akan membuka khemah dan tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara solidariti setiap malam serta memasang bendera dan simbol perjuangan rakyat Palestin.

TETITIA YUSOFF