fb fb fb fb fb

Petugas TH perlu konsisten, terap mentaliti bertaraf dunia santuni jemaah

MAKKAH, 26 Jun - Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah dan Madinah perlu terus konsisten dalam menerapkan mentaliti bertaraf dunia dan sentiasa bersedia menyantuni jemaah pada setiap masa.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata TH mengamalkan polisi ‘no wrong door’ dan petugas perlu bersedia membantu Jemaah dalam apa jua cara sekalipun.

Beliau turut menasihati petugas haji agar menjaga nama baik TH dan Malaysia sepanjang masa.

(Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman)

"Maka ini saya ingatkan, ingin saya tegaskan bahawa ini bukan tugasan biasa, ini bukan perkhidmatan yang biasa, ini adalah satu kemuliaan amalan khair yang Allah telah pilih kita untuk menyantuni tetamu-tetamunya.

"Maka insya Allah kita hidupkan balik semangat, kita naikkan balik semangat kita, kita naikkan lagi keghairahan kita untuk menyantuni para dhuyufurrahman," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Petugas di ibu pejabat TH di Abraj Al Janadriah.

Syed Saleh juga berkata, menjelang 12 hari sebelum masyair, komitmen petugas dituntut bagi memastikan Jemaah dapat melaksanakan ibadah.

(Petugas TH turut diminta agar menjaga nama baik TH dan Malaysia sepanjang
masa, kata Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman)

"Masyair menuntut kita melaksanakan perancangan dan gerak kerja dengan lancar dan tersusun bagi menjamin jemaah haji dapat berwukuf serta mengerjakan rukun dan wajib haji.

"Ini termasuklah pergerakan, penempatan, perkhidmatan sajian dan ibadah dan juga pelbagai pengurusan termasuk pengurusan pesakit-pesakit," katanya.

Media Baharu