fb fb fb fb fb

Pesawah Kelantan terjejas kemarau berpanjangan akan dibantu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu /Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 5 Julai-Kerajaan kekal komited membantu golongan pesawah di Kelantan yang terjejas ekoran kemarau panjang ketika ini. 

Ini berikutan golongan berkenaan menghadapi masalah menanam padi dan kerajaan akan berusaha menanganinya bermula Julai ini bagi mengelak daripada berlakunya kekurangan bekalan padi negara. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara usaha dilaksanakan termasuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dan kelulusan segera pembelian pam air bernilai RM20 juta.

"Kalau boleh kita mahu hujan turun di hulu, ertinya di kawasan Kuala Krai, Gua Musang. kawasan-kawasan tersebut.

"Tetapi hujan turun lebat di Kota Bharu."Jadi, kesan dia masih kurang lagi. kita dah buat macam -macam. sebab kita nak air sungai tu naik kerana di kelantan ini tiada takungan", katanya kepada pemberita ketika merasmikan pembukaan Jeti Nelayan Ipil Jalan Teluk di sini.

Operasi Pembenihan Awan (OPA) merangkumi tujuh lokaliti strategik antaranya Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Dabong, Kemubu dan Manek Urai. 

Langkah berkenaan dilihat mampu memanfaatkan lebih 3,000 pesawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD