Perwakilan DAP bebas buat keputusan pada Persidangan DAP – Teo

Teo Nie Ching/ Foto BERNAMA

KULAI, 14 Ogos – Lebih 400 perwakilan DAP Johor diberi kebebasan menentukan pendirian parti berhubung kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan pada Persidangan Kebangsaan
Khas DAP, Ahad ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada pendirian khusus di peringkat negeri; keputusan diserahkan kepada perwakilan berdasarkan pemahaman masing-masing.
  • Perwakilan diberi kebebasan membuat keputusan kerana persidangan adalah badan tertinggi yang mesti dipatuhi.
  • Teo, Timbalan Menteri Komunikasi, yakin perwakilan mampu membuat keputusan terbaik demi hala tuju parti dan negara.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata tiada pendirian khusus ditetapkan di peringkat negeri, sebaliknya keputusan diserahkan kepada perwakilan mengikut pemahaman dan pandangan masing-masing.

“Kita akan bagi kebebasan kepada perwakilan untuk buat keputusan masing-masing kerana persidangan ini adalah badan tertinggi untuk membuat sesuatu keputusan. Jadi mestilah kita akur atas apa jua keputusan dibuat oleh perwakilan,” katanya.

Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi yakin perwakilan mampu membuat keputusan terbaik demi hala tuju parti dan negara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program penyerahan peruntukan Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.