fb fb fb fb fb

Peruntukan RM600 juta baiki jajaran 'redline' - Ahmad

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Sebanyak RM600 juta peruntukan telah diperolehi Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membaiki sebahagian jajaran 'redline' yang memerlukan penyelenggaran segera di Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jajaran 'redline' merujuk kepada laluan asal atau jalan lama yang dibina sebelum pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

"Apa yang kita laksanakan sekarang ini beberapa mesyuarat saya juga telah hadir. Antaranya yang terkini bersama dengan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) di Kuching.

"Mesyuarat kita, di 'redline' sepanjang 134 kilometer (km) jalan lama yang disambung dengan lebuh raya baharu yang perlu diperbaiki dan kita membuat keputusan bahawa 17km kita akan baiki segera dan persimpangan bertingkat di Batu 8..kita akan adakan persimpangan bertingkat itu," katanya di Dewan Negara ketika menjawab soalan tambahan dibangkitkan, Senator, Roderick Wong Siew Lead.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM