fb fb fb fb fb

Peruntukan RM34 juta bantu petani jana semula pendapatan


BATU PAHAT, 16 Februari - Sebanyak RM34 juta peruntukkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi Industri Asas Tani di Johor akan terus disalurkan kepada komuniti sektor berkenaan sepanjang tahun ini.

Komitmen itu bagi membantu golongan penternak, petani dan pesawah untuk menjana semula pendapatan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali berkata sehingga kini hanya 37% daripada peruntukan tersebut telah disalurkan.

"Baki selebihnya akan diagihkan secara berfasa sepanjang tahun ini. Kita nak memastikan yang benar-benar layak itu mendapat bantuan, tidak kira siapa asalkan mereka pengusaha tulen dalam negeri Johor," katanya.

Beliau ditemui pada program penyampaian Mekanisasi Ladang dan Insentif Asas Tani di Pusat Pertanian Ayer Hitam, di sini.

Sebanyak RM1.9 juta disalurkan bagi pemberian 57 unit jentera kepada petani dan usahawan bagi fasa pertama.

Media Baharu