fb fb fb fb fb

Peruncit gagal turun harga BPI akan dikenakan tindakan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Tindakan akan diambil sekiranya mana-mana peruncit tidak menurunkan harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI), mengikut ketetapan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) susulan penurunan harganya, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras KPKM, Datuk Azman Mahmood, pemeriksaan berskala besar akan dilakukan di seluruh negara.

"Saya cuba mengingatkan peruncit yang gagal menurunkan harga, kita akan membuat pemeriksaan di seluruh negara.

"Kita juga akan membuat penguatkuasaan, maknanya kalau peruncit tidak turun RM2.00 hingga RM3.00 dalam masa terdekat, kita akan bagi notis tiga hari kenapa mereka tidak turun.

"Kalau mereka masih berdegil, kita akan cuba tarik lesen mereka sebagai peruncit," katanya selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM