fb fb fb fb fb

Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi

Fahmi Fadzil 

PUTRAJAYA, 17 April- Persidangan Ulama Sedunia anjuran Muslim World League yang berpangkalan di Arab Saudi bakal berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memberi sokongan penuh kepada penganjuran program berkenaan.

Jelas beliau, Jemaah Menteri hari ini telah meluluskan penganjuran program itu selepas menerima memorandum daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

"Kerajaan memberikan sokongan kepada penganjuran Persidangan Ulama Sedunia dengan harapan ia akan berupaya untuk mengumpulkan sejumlah ulama.

"(Selain itu) membincangkan perkara-perkara terkini termasuk nmengenai sikap ekstremisme yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini," katanya dalam sidang media di sini.

Penganjuran Persidangan Ulama Sedunia itu merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SITI AISHAH MD ISA