fb fb fb fb fb

Persidangan sayap UMNO medan terbaik kuatkan parti

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang selama tiga hari bermula hari ini diingatkan supaya menjadikan persidangan itu sebagai medan untuk memperkuatkan lagi parti.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan utama UMNO.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata parti itu adalah harapan bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan dan usaha kita semua,” katanya.


(Facebook Ismail Sabri Yaakob)

Media Baharu