Perpaduan, kebersamaan rakyat tunjang pentadbiran negeri

Foto BERNAMA

MELAKA, 4 Mac– Perpaduan dan kebersamaan rakyat terus menjadi tunjang utama pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpaduan dan kebersamaan rakyat kekal sebagai tunjang utama pentadbiran negeri.
  • Melaka komited memperkukuh hubungan antara kaum sambil meraikan kepelbagaian negeri.
  • Dasar dan inisiatif dirangka berlandaskan keadilan supaya manfaat pembangunan dinikmati saksama.
  • Kebajikan rakyat menjadi keutamaan dengan peruntukan dipertingkatkan untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, dalam suasana dunia yang semakin berpecah, Melaka kekal komited memperkukuh hubungan antara kaum serta meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negeri itu.

Menurut beliau, setiap dasar dan inisiatif dirangka berlandaskan prinsip keadilan supaya manfaat pembangunan dapat dinikmati secara saksama tanpa mengira kaum atau agama.

“Saya bersyukur kerana Allah bukan sahaja di peringkat masyarakat tapi pentadbiran kerajaan.

“Kesepakatan ini amat penting supaya persefahaman antara kaum ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada pimpinan untuk merangka gerak kerja pembangunan berasaskan
perpaduan kaum dan kesatuan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Ab Rauf berkata kebajikan rakyat kekal sebagai keutamaan pentadbiran kerajaan negeri.

Tegasnya, peruntukan kebajikan sentiasa dipertingkatkan setiap tahun bagi memastikan bantuan benar-benar sampai dan dirasai rakyat.