fb fb fb fb fb

Permukiman Jemaah Menteri: Cetus banyak idea baharu- Ahmad Zahid

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Sesi Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI berjaya melahirkan banyak idea baharu untuk mencetuskan anjakan yang bermakna demi rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pandangan yang dikongsi adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

"Alhamdulillah, sesi Permukiman Jemaah Menteri telah berakhir pada malam tadi setelah seharian penuh dengan perbincangan mendalam, pembentangan penuh pengisian serta penilaian teliti terhadap polisi dan dasar semuanya demi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

"Amanat YAB Perdana Menteri akan kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab, dan mudah-mudahan kebersamaan yang terjalin hari ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM