fb fb fb fb fb

Permohonan undi pos PRU DUN Sabah dibuka 13 Oktober

FOTO FAIL / BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 akan dibuka mulai Isnin, 13 Oktober 2025.

Menurut SPR, permohonan dibuka kepada tiga kategori pemohon.

"Kategori 1A melibatkan anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR serta petugas media.

"Kategori 1B pula khusus untuk warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, manakala Kategori 1C membabitkan agensi atau organisasi yang dibenarkan oleh SPR.

"Pemilih yang ingin mengundi secara pos perlu mendaftar atau memiliki akaun MySPR sebelum membuat permohonan," menurut kenyataan SPR.

SPR turut memaklumkan tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan oleh SPR.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE