fb fb fb fb fb

Permohonan pengambilan pekerja asing dibuka mulai 28 Januari ini

PUTRAJAYA, 15 Januari - Permohonan bagi pengambilan 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas akan dibuka mulai 28 Januari ini.

Manakala, permohonan tanpa pengecualian khas pula, akan bermula pada 15 Februari.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan boleh dibuat oleh majikan menerusi laman sesawang www.fwcms.com.my.

"Majikan diingatkan agar mematuhi SOP Kemasukan Pekerja Asing yang ditetapkan."

"Ia termasuk SOP pra pelepasan, ketibaan, kuarantin dan pascakuarantin." Kata Datuk Seri M. Saravanan.

Media Baharu