fb fb fb fb fb

Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir dibuka sehingga 31 Januari 2022

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Permohonan bagi BSN MyRinggit-i Banjir dibuka kepada golongan yang terjejas sehingga 31 Januari ini.

Bank Simpanan Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat 25 Januari lalu, 22,887 permohonan bernilai RM221 juta telah diluluskan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang BSN.

Pemohon perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan, salinan bil elektrik dan surat pengesahan sama ada dari Pegawai Daerah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau laporan polis melibatkan rumah yang terjejas.

Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan lain ditawarkan BSN termasuk penangguhan ansuran bulanan pembiayaan bagi pelanggan individu serta pembiayaan kepada perusahaan mikro yang terkesan akibat banjir.

BSN sebelum ini meningkatkan jumlah pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Media Baharu