KANGAR, 9 Disember - Sebanyak RM359.58 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 Perlis yang bertemakan “Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera”.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata angka itu meningkat RM57.20 juta berbanding RM302.38 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan Belanjawan 2026 yang tertinggi dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM244.42 juta atau 68 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus manakala RM115.16 juta atau 32 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
“Secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus 2026 meningkat RM48.31 juta berbanding 2025. Daripada jumlah itu, RM76.79 juta disediakan untuk bayaran emolumen dan RM102.14 juta bagi perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan (RM102.14 juta).
“RM51.10 juta di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM12.57 juta untuk tujuan Aset dan Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain sebanyak RM1.82 juta,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 Perlis pada persidangan Perlis peruntuk RM359.58 juta dalam Belanjawan 2026, meningkat RM57.20 jutaPerlis di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.
Mohd Shukri menjelaskan bagi peruntukan pembangunan, sebanyak RM30.10 juta atau 27 peratus dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi tujuan projek peningkatan prasarana untuk kemudahan rakyat.
"Kerajaan Negeri menganggarkan sejumlah 217.59 juta ringgit akan dikutip pada tahun 2026 yang meliputi komponen hasil cukai sebanyak RM44.13 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM50.92 juta dan terimaan bukan hasil (RM122.54 juta).
"Berdasarkan anggaran ini, kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak RM94.66 juta atau 77 peratus berbanding tahun 2025. Dengan anggaran ini, kerajaan negeri diunjurkan mengalami defisit sebanyak RM26.83 juta pada 2026,” katanya.
Mohd Shukri turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari 2026.