Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara – MCMC

Gangguan perkhidmatan AIFA pada platform WhatsApp dijangka dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi hari ini/foto hiasan

PUTRAJAYA, 23 Januari – Perkhidmatan Artificial Intelligence Fact-checking Assistant (AIFA) pada platform WhatsApp akan mengalami gangguan sementara berikutan kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkhidmatan AIFA di WhatsApp akan terganggu sementara kerana kerja penyelenggaraan sistem.
  • Gangguan dijangka berlaku pagi ini antara pukul 8.00 hingga 10.00.
  • Portal Sebenarnya.my kekal beroperasi tanpa gangguan untuk semakan fakta.
  • MCMC memohon maaf dan menghargai kefahaman orang ramai.

Dalam satu kenyataan MCMC memaklumkan, gangguan perkhidmatan itu dijangka pada 23 Januari 2026 (Jumaat) dari 8.00 hingga 10.00 pagi, sebelum operasi kembali berjalan seperti biasa.

“Sepanjang tempoh itu, orang awam masih boleh mendapatkan maklumat sahih dan melakukan semakan fakta melalui portal Sebenarnya.my, yang beroperasi tanpa gangguan,” menurut MCMC.

MCMC memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kefahaman orang ramai. – BERNAMA