fb fb fb fb fb

PERKESO lancarkan Ops Kesan Pekerja Asing 2024

Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

KUALA LUMPUR, 1 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024, bermula hari ini.

Ops Kesan itu melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara dengan tujuan memburu majikan yang gagal mendaftar dan mencarum pekerja asing, termasuk ekspatriat dan pekerja domestik asing yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia, masih ramai pekerja asing dengan pas lawatan sah yang belum berdaftar dengan PERKESO.

Daripada jumlah lebih 2.4 juta pekerja berpas sah, hanya kurang daripada 2 juta yang telah berdaftar dengan PERKESO.

"Jadi berdasarkan statistik perkeso sehingga 30 september, hanya sekitar 88 peratus saja pekerja asing di malaysia yang berdaftar dengan perkeso bagi pekerja domestik asing pun pula, hanya sekitar 59 peratus.

"Jadi masih ramai lagi di antara pekerja asing ini yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan sosial jadi jika berlaku kemalangan kecederaan, mereka tidak mempunyai sebarang coverage ataupun perlindungan.

"Jadi atas dasar itu, kita berhasrat untuk mengadakan Ops Kesan ini untuk memastikan pekerja-pekerja ini terlindung," katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini, hari ini.

Jelasnya, majikan yang melakukan kesalahan akan dikenakan kompaun, manakala yang gagal atau lewat mendaftar pekerja boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya.

Trainee