fb fb fb fb fb

Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Masjid Al-Nour, Hamburg

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan 11 naskhah al-Quran kepada komuniti  Masjid

HAMBURG, 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Hamburg, Jerman menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Nour, Hamburg.

Ketibaan beliau disambut oleh Imam Masjid, Imam Samer Al Rajab.

Sempena Ramadan, Perdana Menteri turut menyumbangkan sebanyak 11 naskhah al-Quran kepada komuniti  masjid.

Ia termasuk sebuah naskhah cetakan khas dan 10 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris.

Lawatan rasmi enam hari Anwar ke Jerman dijadualkan tamat pada hari ini dan beliau akan kembali ke tanah air pada hari sama.

TETITIA YUSOFF