KUALA LUMPUR, 1 Mac- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru umat Islam perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu bersempena dengan Ramadan tahun ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi hantaran Facebook mahu sambutan Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.
"Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita semua agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.
"Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam," menurut hantaran itu.