fb fb fb fb fb

Perarakan Budaya Gawai Dayak 2024 lambang perpaduan masyarakat Sarawak

Kontinjen kepimpinan negeri diketuai Premier, Tan Sri Abang Johari mendahului perbarisan

KUCHING, 15 Jun- Perarakan Budaya Gawai Dayak, lambang semangat jitu dan perpaduan di antara pelbagai kaum di Sarawak dalam bergerak seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk mencapai negeri maju 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas memberitahu walaupun dengan cuaca panas terik yang disusuli dengan hujan lebat, kesemua peserta bersemangat untuk menghabiskan pearakan sejauh 1.3 kilometer di sepanjang Tebingan Kuching.

Signifikannya, perarakan tersebut melambangkan perpaduan masyarakat di Sarawak sekali gus memelihara keharmonian negeri untuk kepentingan pembangunan negeri itu sendiri.

Seramai 3,070 peserta daripada 111 kontinjen seluruh negeri menyertai pearakan tersebut. Mendahului kontinjen adalah barisan pemimpin-pemimpin negeri yang diketuai oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Di akhir acara, beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kontinjen terbaik pelbagai kategori yang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000.

1606 PERARAKAN BUDAYA GAWAIAntara kontinjen yang mengambil bahagian

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE