KUALA LUMPUR, 13 Februari- Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan ke setiap pelosok masyarakat sememangnya sukar dinafikan, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi menyampaikan penghargaan tersebut bersempena sambutan Hari Radio Sedunia hari ini.
"Seabad menyampai maklumat, menghibur dan mendidik," katanya menerusi catatan di akaun X beliau.
Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Februari setiap tahun bagi menghargai peranan radio sebagai medium penyampai maklumat selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia.