fb fb fb fb fb

Perak umum BKK Aidilfitri bernilai RM1,500

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/Foto Fail

IPOH, 5 Mac- Kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada lebih 13,000 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata BKK tersebut akan dibayar mulai 24 Mac ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta.

Jelas beliau, kadar bantuan itu dinaikkan jumlahnya sebanyak RM500 daripada jumlah bantuan tahun lalu melibatkan semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim "Contract of Service" dan "Contract for Service".

Beliau turut berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh penjawat negeri dalam membantu kerajaan merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai sebuah negeri yang makmur.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa bersama penjawat awam Negeri Perak di Laman Darul Ridzuan, Ipoh.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM