fb fb fb fb fb

Perak teliti kaedah terbaik elak kehilangan hasil NR-REE

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohammad /FOTO RTM

IPOH, 5 Disember- Kerajaan negeri Perak sedang memantau dan meneliti kaedah terbaik bagi mengelak hasil daripada projek unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri itu diekstrak secara haram.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemantauan tersebut perlu dilakukan berikutan proses mengeluarkan NR-REE tidak sukar sebagaimana melombong bijih timah.

Jelasnya, kerajaan negeri akan membangunkan langkah keselamatan melibatkan undang-undang serta akta bagi menghalang perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

"Kita sedang memantau, membina dan membangun langkah-langkah untuk mengesan perbuatan bagi menghalang mereka mengeksport.

"Kita juga akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan melibatkan undang-undang supaya kita boleh mengambil tindakan serta menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan negara", kata Saarani dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD