Penutupan Selat Hormuz oleh Iran dijangka tekan kos minyak dan inflasi global

Selat Hormuz / REUTERS

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Keputusan Iran menutup Selat Hormuz dijangka mencetuskan krisis tenaga berskala global dengan kesan ekonomi yang besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penutupan Selat Hormuz dijangka mencetuskan krisis tenaga berskala global dengan kesan ekonomi besar.
  • Inflasi global berpotensi meningkat sekitar 0.6 hingga 0.9 peratus dalam tempoh terdekat jika situasi berterusan.
  • Malaysia masih mengimport produk petroleum bertapis; kenaikan harga minyak memberi tekanan kepada kos domestik dan fiskal.
  • Kerajaan digalakkan memantau situasi dan elak tindakan reaktif; dasar harus berasaskan impak jangka sederhana dan panjang.

Penganalisis ekonomi Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latif, berpandangan kadar inflasi global boleh meningkat antara 0.6 hingga 0.9 peratus dalam tempoh terdekat jika situasi itu berterusan.

Beliau menjelaskan, walaupun Malaysia merupakan pengeluar minyak, negara masih mengimport sebahagian produk petroleum bertapis. Justeru, kenaikan harga minyak global tetap memberi tekanan kepada kos domestik dan kedudukan fiskal negara, terutamanya sekiranya kerajaan perlu menambah peruntukan subsidi bagi mengekang kenaikan harga runcit.

“Saya melihat strategi kerajaan adalah berterusan memantau perkembangan semasa kerana keputusan tergesa-gesa boleh memberi impak kepada pelbagai pihak. Pemantauan kini dilakukan di peringkat kerajaan persekutuan dan juga Bank Negara Malaysia.

“Apa yang penting, sebarang perubahan polisi dasar harus berasaskan impak jangka sederhana dan panjang, bukannya tindakan reaktif yang mungkin tidak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Profesor Dr Azmed bercakap selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM.

Penganalisis ekonomi Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latif