Penunggang motosikal maut terlibat kemalangan dengan SUV di Labuan

FOTO POLIS LABUAN

LABUAN, 9 Mac – Seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun maut selepas bertembung dengan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di Jalan Rancha-Rancha pada pukul 12.20 tengah malam kelmarin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan melibatkan penunggang lelaki dan pemandu SUV wanita tempatan berusia 44 tahun.
  • SUV dipercayai memasuki laluan bertentangan menyebabkan pertembungan hadapan dengan motosikal.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; jika sabit, hukuman termasuk penjara, denda, hilang kelayakan memandu.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim, kemalangan maut itu melibatkan penunggang lelaki dan pemandu SUV wanita tempatan berusia 44 tahun.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila SUV yang bergerak dari arah Rancha-Rancha ke Kerupang memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara hadapan dengan motosikal yang datang dari arah Pusat Bandar Labuan.

Penunggang motosikal yang cedera parah dibawa ke Hospital Nukleus Labuan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi.

Mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik Hospital untuk proses bedah siasat.

Pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Jika sabit kesalahan, hukuman boleh menjangkau penjara 5 hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000, dan hilang kelayakan memegang lesen memandu.