fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal maut dalam nahas dua kenderaan

Foto JBPM

LIMBANG, 18 Disember - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kubu, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Mangsa dikenali sebagai Mohd Hasswandy Sahari, 26, dari Kampung Lubuk Sigantang disahkan maut di lokasi kejadian. Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan penumpang hanya cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Limbang menghala ke Jalan Kubu telah merempuh sebuah kenderaan yang melawan arus untuk membuat pusingan U," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN