fb fb fb fb fb

Penulis digesa kekal kredibiliti, jaga kepercayaan pembaca - MB Selangor

Foto RTM

KLANG, 12 September - Penulis digesa memastikan setiap karya yang diterbit berteraskan maklumat sahih dan tepat bagi mengekalkan kredibiliti, memelihara integriti penulisan serta menjaga kepercayaan pembaca.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, kesahihan maklumat perlu menjadi keutamaan bagi mengelakkan penyebaran kesalahan fakta, sekali gus menjamin kualiti penulisan yang beretika dan bertanggungjawab.

"Jadi kepada orang yang menulis, kepada orang yang berkarya anda bukan hanya melepaskan apa di tangan anda, tapi mencurahkan pemikiran anda dan jiwa anda.

"Saya minta kebertanggungjawab bersama-sama untuk menjamin apa yang dikatakan kehidupan dan kemanusiaan dalam perjalanan kita untuk terus dalam perjalanan yang adil yang rasional serta mampu untuk membawa keamanan dan kedamaian", katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penulis agar terus menjaga kepercayaan pembaca dengan menampilkan karya yang lebih kreatif dan berwawasan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam 10 Tahun Hadiah Sastera Selangor yang berlangsung di sini.

Dalam majlis itu, sembilan penulis tanah air dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori cerpen, puisi dan esei, masing-masing menerima hadiah wang tunai enam ribu ringgit.

Trainee