fb fb fb fb fb

Penulis blog dan 4 ahli keluarga, selamat

(Rhys William ditemui selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi)

JERANTUT, 29 September- Penulis blog makanan 'Mat Salleh Cari Makan' bersama 4 ahli keluarganya berjaya ditemui selepas dilaporkan hilang pada Rabu ketika melancong ke Kuala Tahan, Jerantut.

Rhys William James Woodfield dan 4 lagi, ditemui pada petang hari yang sama di Kuala Tahan, Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, "isteri kepada penulis blog tersebut, Haigbrown Woodfield telah membuat laporan kehilangan suaminya di Ibu pejabat Polis Daerah Jerantut, pada Selasa."

Rhys William bersama 4 ahli keluarganya iaitu Siaw Woodfield, 25 tahun, Owen Woodfield, 22 tahun, serta ibu bapanya James Woodfield, 62 tahun, dan Rachel Anne Woodfield 60 tahun, datang melancong ke Kuala Tahan pada 25 September lalu.

Pada 27 September, kira-kira pukul 11.30 pagi, kesemua mereka telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika itu dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 8.00 pagi, sebelum kesemua mereka ditemukan selamat tengah hari Rabu, di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut.

(Rhys Willian dan 4 ahli keluarganya berjaya ditemui pada Rabu)

Media Baharu