
NIBONG TEBAL, 7 Februari – Susulan enam kes jangkitan tibi melibatkan murid sekolah di Kota Tinggi, Johor.
- Pelaksanaan pengurusan dan pemantauan mengikuti saranan, pedoman dan nasihat Kementerian Kesihatan.
- Jangkitan dilaporkan terkawal dan dipantau rapi oleh KKM, dengan semua arahan KKM dipatuhi.
- Tiada arahan penutupan sekolah setakat ini walaupun kluster tibi dikesan di Kota Tinggi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan pengurusan dan pemantauan berhubung penularan itu telah dilaksanakan berpandukan saranan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Setakat ini kita berpandukan kepada saranan, pedoman dan nasihat daripada KKM. Jadi saya berpegang kepada proses itu.
“Kami dimaklumkan jangkitan itu adalah terkawal dan dipantau ketat oleh KKM. Jadi kami akan ikut semua arahan dari KKM,” katanya selepas menghadiri Festival Nibong Tebal di sini.
Sebelum ini enam murid di daerah Kota Tinggi masing-masing empat lelaki dan dua perempuan dijangkiti tibi berpunca daripada kontak rapat.
Setakat ini tiada sebarang arahan penutupan sekolah dikeluarkan susulan penularan wabak berkenaan.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan,
satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi melibatkan 33 kes positif hasil saringan ke atas 804 kontak rapat.