Penubuhan Jawatankuasa Khas Anak Muda di setiap masjid diteliti

Dr. Zulkifli Hasan menyokong dan menyambut baik seruan Perdana Menteri. Foto/Bernama

PUTRAJAYA, 25 Januari – Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Anak Muda di setiap masjid akan diteliti bagi memperkukuhkan peranan belia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jawatankuasa khas anak muda di setiap masjid akan diteliti oleh JAKIM, MAIWP dan JAWI untuk memperkukuh peranan belia.
  • Usaha ini bertujuan menjadikan masjid sebagai ruang mesra, inklusif dan beradab untuk pembangunan akhlak generasi muda.
  • Inisiatif memberi peluang kepada belia merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan di masjid.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr.Zulkifli Hasan menyokong dan menyambut baik seruan sambil menyifatkan usaha mampu menjadi platform kepada golongan berkenaan merancang dan melaksanakan program memakmurkan masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan pembinaan akhlak generasi muda.

Beliau menegaskan, masjid ialah pusat tarbiah dan pembinaan sahsiah ummah, berlandaskan contoh Rasulullah S.A.W melalui Masjid Nabawi dan wajar diperkasakan sebagai ruang mesra anak muda yang beradab, inklusif serta patuh syariat.

“Justeru, melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan meneliti cadangan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid bagi memperkukuh peranan belia,” katanya dalam satu kenyatan

Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Kubang Ulu di Pulau Pinang mencadangkan supaya setiap masjid mewujudkan jawatankuasa khas orang muda.

Ini bagi memberi ruang kepada golongan belia merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.