fb fb fb fb fb

Penjualan saham MAHB, pandangan Datuk Seri Mohamad bersifat peribadi - Ahmad Zahid

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Pendirian UMNO senada dengan kepimpinan kerajaan dalam penjualan sebahagian saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat berkait Blackrock Inc (Blackrock).

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung isu itu sebelum ini adalah pandangan peribadi Menteri Luar itu.

"Pendirian UMNO jelas bersama-sama dengan pendirian yang dibuat oleh Perdana Menteri. Pendapat yang diberikan oleh Tok Mat (Mohamad) adalah pendapat peribadinya dan saya sudah bertemunya malam tadi (Ahad) dan beliau menyatakan itu pandangan peribadi beliau," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM seluruh negara, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN