Penjawat awam Perlis terima BKKA RM1,500 – MB

Foto BERNAMA

KANGAR, 9 Mac– Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembayaran bantuan khas akan dibuat pada 13 Mac.
  • Diharapkan dapat menyuntik semangat serta meningkatkan prestasi kerja penjawat awam negeri.
  • Sumbangan diharap membantu mengurangkan beban perbelanjaan semasa meraikan Aidilfitri.
  • Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri menjaga kebajikan bagi memastikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.

Pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis. -BERNAMA