fb fb fb fb fb

Penjawat awam Negeri Sembilan terima RM1,000 sempena Aidilfitri

SEREMBAN, 29 Mac- Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 14 April ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM3.796 juta.

Beliau berkata, sempena menyambut Aidilfitri, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan itu kepada semua penjawat awam negeri tidak termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

“Pemberian ini juga kerana dalam Bajet 2022 kita anggarkan jumlah pendapatan diterima sekitar lebih RM400 juta tapi kita berjaya capai RM523 juta, surplus sebanyak RM31 juta, ini merupakan pendapatan yang cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Beliau berkata bantuan itu juga sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri selain meringankan beban kewangan mereka sempena Aidilfitri tahun ini.

Media Baharu