fb fb fb fb fb

120 tin arak pelbagai jenama dirampas

KOTA BHARU, 29 Mac - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merampas 120 tin arak pelbagai jenama di sebuah premis di Jalan Zainal Adidin, pagi tadi kerana menjual minuman keras tanpa lesen.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Mohd Amin berkata, serbuan dilakukan pukul 9.30 pagi dalam satu operasi bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Beliau berkata, selain merampas arak pihaknya juga turut mengeluarkan kompaun kepada peniaga terbabit.

Kompaun sebanyak RM2,000 dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil 15 (2) Tred Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989.

Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu Ramadan bersama JAHAEIK dan PDRM di sekitar kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

(Gambar menunjukkan sebahagian daripada 120 tin arak yang dirampas)

Menurutnya, tujuan utama operasi bersepadu itu dilakukan bagi memantau premis yang disyaki tidak menepati waktu berniaga bulan Ramadan.

Media Baharu