MERU RAYA, 29 Mac - Sebanyak 5,000 Bakul Rahmah akan diagihkan di Parlimen Tambun, Perak sepanjang bulan Ramadan ini.
Pegawai Khas Parlimen Tambun, Amir Sabri berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mengenal pasti golongan yang memerlukan.
Jelas beliau, setakat ini pihaknya telah mengagihkan 1,500 Bakul Rahmah kepada penduduk sekitar Meru Raya, Ipoh.
"Kebanyakannya memang barang keperluan lah seperti bihun tepung, beras sardin dan minyak masak dan ada beberapa barang lain lagi lah, yang mana saya kira ianya dapat sekurang kurangnya meringankan sikit lah beban. Anggaran barang itu, saya lihat seperti dalam RM80 ke RM100 untuk sebuah keluarga," kata Amir, di sini.
(Amir ditemui pemberita)
Sementara itu, rata rata penerima bantuan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan membantu penduduk sekitar.
"Ya boleh meringankan beban kami, bagi barang. Barang pun kenaikan barang ini tidak menentu. Kita dapat ini meringankan lagi lah, meringankan sikit lah," kata penerima bantuan, Zainal Nor Alang Zainal.
"Banyak terima kasih kepada Perdana Menterila, beri barang-barang keperluan ini," penerima bantuan, Lau Io Ling.
"Baguslah selama hari ini kita pun buat apa pun bantuan banyak dapat lah terutama PM selalu bagi kan macam ,pakcik pun dapat lah bekalan makan makanan kering apa semua, itu yang pakcik gembira tu," penerima bantuan, Mahmood Zakaria.