Peniaga dikecualikan sewa dua bulan

Datuk Mohamad Zahri (dua, kanan) melawat Medan Selera 223 yang terjejas banjir kilat.

PETALING JAYA, 8 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada peniaga di Medan Selera 223 yang terjejas banjir kilat, 6 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Bandar turun padang melawat lokasi terjejas bersama jabatan teknikal MBPJ.
  • Lawatan untuk kenal pasti punca banjir dan bincang langkah pencegahan serta mitigasi.
  • MBPJ akan memasang alat pengesan paras air pintar dan kamera litar tertutup di kawasan berisiko.
  • Sistem dilengkapi siren amaran awal bagi memberi peringatan kepada peniaga dan orang awam.

Pengecualian sewa bagi Mei hingga Jun itu tanda prihatin terhadap beban  ditanggung peniaga susulan kejadian berkenaan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon turut turun padang melawat lokasi terjejas bersama jabatan teknikal MBPJ.

Lawatan bertujuan mengenal pasti punca banjir dan membincangkan langkah pencegahan dan mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

MBPJ juga akan memasang alat pengesan paras air pintar dan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko banjir kilat untuk memantau kenaikan paras air sungai.

Sistem tersebut dilengkapi siren amaran awal bagi memberi peringatan kepada peniaga dan orang awam sekiranya berlaku kenaikan air.