fb fb fb fb fb

Peruntukan hal ehwal Islam, tunjang Malaysia MADANI

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Pola peningkatan peruntukan bagi pengurusan hal ehwal Islam saban tahun dalam Kerajaan MADANI menunjukkan bahawa pembangunan hal ehwal Islam tidak pernah dipinggirkan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, beliau menyambut baik kenaikan berkenaan.

Dalam pada itu beliau komited untuk terus berusaha dengan semangat islah dan itqan bagi memastikan seluruh agensi Islam sentiasa memelihara tadbir urus yang baik dan berintegriti.

"Fokus belanjawan bagi syiar Islam kali ini ialah memperkasa institusi pendidikan Islam. 

"Peruntukan sebanyak RM2 bilion akan diagihkan sebaiknya bawah pengurusan agensi-agensi Islam agar menjadi contoh terbaik dalam kecekapan tadbir urus seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. 

Beliau yang mewakili Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pembentangan Belanjawan 2025 banyak memberi manfaat buat pengurusan Hal Ehwal Islam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI