fb fb fb fb fb

Pengurniaan bintang dan pingat Pengakap Malaysia di Perlis tidak sah

PPM memaklumkan, istiadat pengurniaan bintang dan pingat yang diadakan di Perlis adalah tidak sah

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) tidak memberi sebarang kebenaran dan kelulusan berkenaan istiadat penganugerahan seperti yang diadakan di Perlis semalam, malah tidak pernah meluluskan senarai penerima bintang dan pingat yang dinyatakan.

Ibu Pejabat PPM menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai istiadat tersebut yang dilaporkan diadakan di sebuah hotel.

"PPM tidak pernah mengeluarkan sebarang Bintang yang bergelar 'Dato' Setia Pengakap' dan PPM tidak pernah memberi mandat kepada PPM Negeri Perlis untuk mengeluarkan sebarang Bintang dan Pingat.

"Adalah jelas bahawa sebarang Bintang atau Pingat yang dianugerahkan adalah tidak sah dan tindakan boleh diambil kepada individu-individu yang memberi dan menerima Bintang dan Pingat tersebut mengikut Seksyen 13 Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Akta yang sama,"jelas kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE