KUALA LUMPUR, 22 Februari- Pengguna Rapid KL bakal menikmati perjalanan first-mile-last-mile (FMLM) lebih lancar dengan integrasi aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE (PULSE) bersama perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride.
Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), kerjasama strategik antara Prasarana dan AirAsia MOVE melalui anak syarikat mereka iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan AirAsia Ride adalah untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dari pintu ke destinasi.
Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Fa'izah Khairuddin berkata, kerjasama itu dapat menghubungkan FMLM dan meningkatkan kecekapan serta memperbaiki ekosistem perjalanan yang lebih bersepadu.
“Kami teruja untuk memeterai kerjasama ini dengan AirAsia MOVE yang dapat memanfaatkan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride sebagai penghubung destinasi akhir, sekali gus menyokong visi kami untuk mengutamakan keselesaan perjalanan harian pengguna pengangkutan awam.
"Inisiatif ini juga menyokong visi kerajaan untuk mencapai sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030," jelas Fa'izah.
Sehubungan itu, bawah kerjasama strategik ini, pengguna Rapid KL akan dapat menikmati rebat eksklusif RM2 bagi perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride melalui 24 stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling melalui aplikasi PULSE.
"Muat turun AirAsia Superapp hari ini dan mulakan perjalanan anda dengan AirAsia Ride.
"Pengguna aplikasi PULSE baharu dan sedia ada layak mendapat rebat dua penebusan setiap hari dengan menggunakan kod promo yang unik bagi setiap stesen melalui stesen yang disenaraikan," menurut Prasarana dalam kenyataan hari ini.
Berikut adalah 24 senarai laluan stesen dan kod promo:
Laluan Kelana Jaya
• Gombak (LRTGOMBAK)
• Sri Rampai (LRTSR)
• Setiawangsa
(LRTSWANGSA)
• Ampang Park (LRTAP)
• Masjid Jamek (LRTMJ)
• Pasar Seni (LRTPS)
• Abdullah Hukum (LRTAH)
• Bangsar
(LRTBANGSAR)
• Universiti (LRTUNIV)
• Asia Jaya (LRTAJ)
• Kelana Jaya (LRTKJ)
• Subang Jaya (LRTSJ)
• SS15 (LRT15)
• Ara Damansara
(LRTARA)
Laluan Ampang/Sri Petaling
• Sultan Ismail (LRTSI)
• Sri Petaling (LRTSP)
• Hang Tuah (LRTHT)
• Bukit Jalil (LRTBJ)
• IOI Puchong Jaya (LRTIPJ)
• PWTC (LRTPWTC)
• Bandaraya (LRTBRAYA)
• Pudu (LRTPUDU)
• Bandar Tasik Selatan (LRTBTS)
• Putra Heights (LRTPH)