fb fb fb fb fb

COVID-19: Pengguna pengangkutan awam digalak pakai pelitup separuh muka

Anthony berkata sebarang dasar berkenaan pemakaian pelitup separuh muka hanya boleh ditetapkan oleh KKM.

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Orang ramai digalak memakai pelitup separuh muka ketika berada di dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebarang dasar berkenaan pemakaian pelitup separuh muka hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jadi itu terpulang kepada orang ramai, tetapi memang pemakaian pelitup muka ini digalakkan," kata Anthony kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keadaan semasa kes COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 KKM.

Beliau berkata kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM